Saturday, September 22, 2007

colouring

Semekom.. kali ni simple tutorial as requested by mama iqa..:)


Step 1: Sediakan dokumen/ kanvas anda.
File--->New---> width 3000, length:3000.. Ni contoh aje.
Buat layer baru khas untuk setiap objek yang nak diwarnakan. Layer--->new layer
Kemudian, pilih brush yang menjadi pooojaaaan hati tu, pilih diameter brush, then boleh mula klik pada kanvas... cop cop cop!! :P

Step 2: Klik pada paint bucket tool (ikon baldi)--->pilih foreground colour--->bawa cursor pada bahagian yang ingin anda warnakan--->klik pada kawasan tersebut


Ulang langkah tersebut sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya..



Step 3: Siap!!


Contoh:


TIPS: sebaik baiknya setiap jenis brush/corak yang korang buat tu, korang buat atas layer yang berbeza.. so, kalau salah senang nak delete, rotate, duplicate kit korang tadi..

Monday, September 17, 2007

Scrapbook kits

Hallloooo... kali ni saya nak tunjukkan korang camne nak buat korang punya kit menggunakan brush.. Kiranya tutorial ni sambungan dari tutorial lepas la ek! :)

Untuk buat kit yang menarik, korang perlukan brush yang best, dan juga pattern yang best!! baru la scrapbook korang tu nampak meriah! :)

Ni my peberet link untuk download pattern:)
http://browse.deviantart.com/?catpath=resources/applications/patterns/&order=9&alltime=yes&offset=24

Download free jer macam korang download brush tu..

Step 1: sediakan kanvas korang. saya suka 3000x3000
File--->new--->width:3000, height:3000---> OK
Klik paint bucket tool--->pilih foreground color---> Gerakkan cursor pada canvas-->klik



Step2: Buat layer baru untuk letak kit
Layer---> new layer.

Kemudian, pilih brush yang korang nak untuk create kit korang tu.. Macam saya guna brush bunga rumput yang macam tutorial lepas tu aje.. Diameter brush tu boleh pilih ikut selera masing2..




Step 3: double clicks layer 1
Klik pada button drop shadow dan juga pattern overlay



Klik pada pattern overlay--->arrow--->load pattern. Klik pada pattern yang telah korang save tadi. Kemudian, scroll down pada menu pattern, dan pilih pattern. klik OK.


step 4: Skang saya nak tambah rumput plak. So, buat new layer lagi.. Ulang langkah tadi.
(buat new layer, pilih brush, double clicks layer, klik drop shadow, pattern overlay, pilih pattern, OK)





Ulang step tadi sampai korang puas hati..:P... Lepas tu bolehla korang masukkan gambar dianatara mana2 layer supaya nampak real...



Kalau ada mana2 yang tak paham, jangan malu dan segan untuk bertanya ek!! :)

Wednesday, September 12, 2007

scrapbooks layout







Ini antara layout yang telah saya sediakan.. saja suka suka..


Brush

Maybe ramai yang dah tau pasal ni, tapi sesaja nak share ilmu... Sebab sebelum ni mati2 saya ingat brush cuma berbentuk bulat... tapi rupa2nya macam2 ada!!!hihihii... Ni website peberet saya untuk download photoshop brushes..
[url=http://browse.deviantart.com/?catpath=resources/applications/psbrushes/&order=9&alltime=yes&offset=24] deviantart [/url]

untuk kali ni, saya gunakan ini sebagai contoh.. klik download untuk muat turun dlm pc anda.
[url=http://melemel.deviantart.com/art/Vector-Style-Stalk-Brushes-32304216] munger:) [/url]

Ada macam2 cara ikut selera masing2.. macam saya, saya suka buat new folder untuk letak sumer brush tu.. sebab saya suuuka sangat kumpul brushes..hihihih...kalau tak buat folder khas, kompom saya fenin!! :P

step 1: download the brush

step 2:
click the small arrow to open the brush picker--> load brushes--->cari balik file yg korang save tadi-->load.




step 3: Click the large thumbnail so that u can view the brushes easily---> pilihla brush yang korang nak tu---> cop cop cop!!! (kalau nak guna brush pada gambar, then buka gambar dulu. pastu baru cop!)

***no.6 tu untuk korang pilih foreground color sesedap rasa korang :)

Tadaaaaa!!! dah siap!!! :):)



Ni contoh gambar yang menggunakan brush tadi:)


TIPS:
1. For the best result, buat layer baru dulu (layer-->new layer), then barulah start guna brush tu. Maksudnya brush tak digunakan pada layer background. So, senang nak buat sebarang pembetulan.
2. Untuk memberi efek yang lebih menarik pada brushes tadi, tambahkan shadow pada layer tersebut lepas siap korang buat cop cop cop tadi :).
Layer---> layer style---> drop shadow

Monday, September 10, 2007

Thursday, September 6, 2007

Black n white

Ni cara peberet untuk buat gambar black% white sebab gambar nampak lebih sharp..

BEFORE AFTER



Step 1: open--->file

step2: Layer--> duplicate layer.
kemudian, klik filter--->other---> high pass
Pilih radius yang menampakkan outline gambar tersebut. klik OK.


step3: Klik blending mode--> vivid color
kemudian untuk jadikan 2 layer tadi sebagai satu sahaja, klik layer-->flatten layers



step4: Layer--> duplicate layer-->filter--->others--->high pass.
kali ni tambah nilai radius lebih dari nilai yang pertama tadi. contohnya kalau tadi nilai radius ialah 2, so, now pilih 3...(contoh jek), klik OK.
Blending mode--->color


step5: Skang untuk bagi gambar nampak sharp plak.
Klik filter--> sharpen---> unsharp mask
Yang tu korang gerakkan la slider bar sesedap rasa sampai korang rasa puas hati :P
SIAP!!!

Monday, September 3, 2007

Simple and easy collage

Yohhooo!! kali ni saya nak share cara untuk susun2 gambar yang paling senang dan simple menggunakan photoshop!

langkah 1: buka program photoshop
klik file-->automate--> picture package


langkah 2: Ikut seperti yang telah saya labelkan. Ada macam2 saiz layout yang boleh dipilih mengikut citarasa masing2.. kalau nak buat sendiri pun boleh, anda cuma perlu klik 'edit layout'.

Untuk masukkan gambar dalam setiap kotak tu, apa yang perlu dilakukan cuma klik pada setiap kotak, kemudian browse file gambar yang anda mahu masukkan tadi


Langkah 3:Bila dah siap masukkan gambar, klik Ok


langkah 4: Dah siap pun!! :) tapi kalau rasa nak gerak gerakkan atau ada susunan yg kurang 'umppphh' bleh gunakan move tool untuk ubah kedudukan gambar tersebut.