Saturday, February 27, 2010

Digital scrapbook

Assalamualaikum.. kali ni saya nak tunjukkan cara untuk menghasilkan digital scrapbook dengan menggunakan element2 yang telah saya sediakan di sini. boleh download kat sini:
background
pink flower
blue flower
leaves
element-1
element-2
element-3

Step 1: Sediakan background: file--> open--> background--> ok.
Step 2: Pilih gambar: file open-->browse ur file-->ok.
Step 3: Masukkan gambar pada background. Pada yg sudah biasa, boleh terus 'drag' gambar ke background. ATAU klik select-->All, Edit--> copy, kemudian pada paparan background, klik Edit-->paste. ATAU Ctrl +A--> Ctrl +C--> pada paparan background, Ctrl +V



Step 4: Masukkan element2 scrapbook. Kita mula dengan masukkan zip dulu. File-->open-> zip file-->ok. Kemudian untuk tampalkan zip tadi, ikut cara yang sama macam nak masukkan gambar pada background. Ctrl +A--> Ctrl +C--> pada paparan background, Ctrl +V.

Sekiranya tidak berpuas hati dengan saiz elemen tersebut, gunakan Ctrl + T. Anda boleh pusing, kecikkan atau besarkan saiz ikut selera. Selesai semuanya, tekan ENTER.

Step 5: Untuk tambah efek shadow, klik layer-->layer style-->drop shadow. jumlah shadow boleh diubah ubah.

Step 6: untuk duplicate zip tersebut, klik Layer--> Duplicate layer. Untuk ubah posisi, klik Edit--> transform--> flip vertical. kemudian, anda boleh ubah kedudukan dengan menggunakan move tool.

Step 7: Anda boleh terus menambahkan elemen2 scrapbook dengan mengulangi Step 4. Jika ada susun atur elemen yang ingi diubah cuma klik pada layer elemen tersebut, dan tarik ke susun layer yang anda kehendaki. (rujuk rajah)


Apa yang paling penting ialah kena tahu gunakan

*move tool: untuk ubah kedudukan elemen

*Ctrl+T: untuk ubah size, rotate

*layer style-->drop shadow. : elemen nampak lebih real.


Taraaaaa.... :D