Sunday, August 9, 2009

Imej dalam tulisan

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sumer kengkawan dan bloggers yang sentiasa memberi sokongan kepada saya.. Terima kasih banyak2.. :)

Ok, tutorial kali ni untuk tunjukkan bagaimana nak masukkan imej dalam tulisan.

Step 1:Buka imej yang ingin digunakan. (File-->open--> choose ur image--->ok)

Step 2: Duplicate imej. (Layer--> duplicate layer).

Step 3: buat layer baru di atas layer background yang asal. (klik pada layer background yang asal untuk highlight layer tersebut--> klik layer-->new layer)

Step 4: mengisi warna . (pastikan highlight layer baru tadi-->klik paint bucket tool (rujuk rajah)--> pilih warna (saya guna putih uk background.)-->klik pada gambar. (korang tak akan nampak perubahan yg berlaku sebab layer ni berada di bahagian bawah)

Step 5: layer tulisan ni mesti berada di layer paling atas supaya kita tahu posisi tulisan pada gambar. so, highlight background copy barulah klik layer-->new layer. kemudian taip perkataan yang anda ingin menggunakan type tool.


Step 6: Alihkan kedudukan layer tulisan tadi ke bawah layer background. klik layer -->drag layer ke bawah. (rujuk rajah)


Step 7:highlight layer background copy-- klik layer--> create clipping mask.

Dah siap! kalau nak bagi cun, tambahkan shadow pada tulisan tadi.


p/s~~highlight layer maksudnya korang kena pilih@klik sahaja pada layer tersebut. :)